Wednesday, 22 June 2011

Keberkatan doa ketika solat Jumaat

Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :

" Sesungguhnya dalam Jumaat itu pada suatu saat yang tiap-tiap seorang Muslim mendoakan berdepatan dengan saat itu nescaya akan diperkenankan doanya.Katanya " Saat itu sangat pendek". ( Hadis Riwayat Muslim )

DAR : Itu pun kalau rajin pegi solat jumaat,Kalau yang standart malas nak pegi sembahyang Jumaat tu melepaslah nampaknya...

Wednesday, 15 June 2011

Hadis : Kewajipan seorang muslim terhadap saudara seagama...

Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :

"Kewajipan seorang muslim ke atas Muslim yang lain iaitu lima     perkara,menjawab salam,melawat orang sakit,mengiringi jenazah,menerima undangan dan mendoakan orang  yang bersin." ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


DAR : Itulah lima perkara yang dianjurkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W .Tapi jika kita lihat realiti kehidupan masyarakat kita hari ini kebanyakkan kewajipan yang Nabi anjurkan itu hampir  terhakis akibat mengejar arus kepesatan pemodenan.Kebanyakkan muslim yang merasakan dirinya "moden" lebih selesa menggunakan "hello",atau "hai" berbanding memberi salam.Yang lebih meyedihkan ada golongan yang berasa malu menggunakan sapaan "assalammualaikum".

Bermulanya sebuah perjalanan..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..blog ini dengan rasminya dibuka.........